Wednesday, November 28, 2012

Buku buku teman ku.

Assalammualaikum w.b.t...
Entry kali ni aku nak sembang sikit pasal buku buku. Siapa yang suka membaca???? Macam tak bape ramai. Yee,setakat ni aku buat observed,tak ramai yang minat membaca. Tapi tak tau lah ape yang dorang dok minat. Ehh actually sama la dengan aku. Hihi. Aku pon bukan lah dikategorikan sebagai orang yang minat membaca. No i'm not!
Bagi aku membaca tu boring sangat2. Tak tahu la kenapa. Maybe sebab dah tak minat kan.
Lagi2 masa sekolah dulu. Aku terpaling la tak suke subjek sejarah! Nak kene baca la. Kene ingat la. Hafal la. Mcm2.
Tapi aku minat teramat melampau kalau baca novel. Kalau baca tu kadang2 sampai susah nak tido. Hihi. Nampak tak penangan membaca? Huhu.
Bukan la aku dok membaca novel je. Ade jugak baca magazine,buku motivasi dll.
Since aku pi kerja dengan Ezzy ni,balik pon saing die lah. Kekadang tu die balik lambat dalam pukul 7mlm. Padahal aku kelua opis 5.30ptg.
So nak dijadikan cerita,aku selalu la dok melepak kat kedai buku. MPH bookstore. Kat situ la aku terasa macam berangan2. Kalau lah MPH ni bilik bacaan aku,oh alangkah seronok nya hidup. Hihi. Selalu la dok bahagian novel tu. Dok baca sinopsis la. Kalo ade yg boleh bace tu aku baca je.
Niat nak membeli,tapi duit banyak ke lain pulak. Huhu. Ade yang beli pon tak bukak lagi sampul plastik die. Sebab sayanggg! Taknak ronyok. Nak bagi org pinjam pon mcm risau. Ye lahh,orang ni kadang2 bukan tau bende kesayangan kite. Kang die buat macam harta sendiri. Paling tak pon,pulang da macam usang gila buku tu. Tu yang malas nak bagi pinjam. Bukan kedekut pun. Barang sentimental. Biasa la tu kan...
Disebab kan aku ni memang kaki novel,pantang baca part sedih meleleh je la. Sama la dengan tengok movie or drama. Dah macam pelakon watak utama da. Perasaan je lebih. Haha.
So,aku pon pernah jugak terfikir,why not kalau aku buat2 baca buku lain2,yg mcm motivasi segala tu mcm aku baca novel. Means kene la aku hayati setiap ayat,bayang kan dan berperasaan. Mungkin boleh jadi hobi baru nanti. Membaca segala jenis buku. Ensiklopedia mungkin. Keagamaan. Motivasi diri. Biografi. Dan banyak segala macam jenis buku la.
Ilmu itu luas dan ada macam2 cara menuntut dan menimba ilmu. Tak semestinya kite blaja sampai diploma,kite tak boleh tahu lebih kan? Dunia zaman sekarang ni,semua di hujung jari. Tak pandai masak pon boleh google resepi n cara memasak. So? Ape ada hal.
Yang penting segala ape yang kita buat tu niat nak kene la betul dan ikhlas. Ilmu tu kita yang cari. Bukan datang sendiri. Kalau nak maju,kite kene usaha. Kalau nak ilmu,kite kene cari. Macam nak makan jugak,kite kene cari makanan dan suap sendiri. Takkan nak orang je suapkan. Fedap jugak orang tu nanti. Haha.
Since dari situ,aku dah tanamkan minat nak baca semua jenis buku. Bukan novel je semata mata. Cuba la walaupon tak suke. Insyaallah nnt akan tersuke. Pucuk pangkalnye kene mula dulu la. Huhu.
Ok la. Macam dah start merepek. Tulis pon da macam merapu ke mana ntah. Kejap2 macam lari topik. Jadi nya,selamat membaca wahai manusia semua. Carilah ilmu sampai ke mana mana. Haha.
Have a nice day. Wassalammm. ;D
P/s: Bawah ni ada aku serta kan beberapa gambar  untuk santapan mata umum. Tempat lepak. Novel kegemaran. Dan jugak buku dari Hilal Ashraf yang bakal aku beli afta gaji nanti. :)












No comments:

Post a Comment