Monday, December 31, 2012

Me. Food Lover.



Assalammualaikum yawlssss!


Semoga semua nya  sihat2 hendak nye lah kan. Kalau tak sihat tu, ape lagi, p cari ubat, makan ubat la kan? Almaklum lah, sekarang ni musim hujan. Haaa, mesti la ramai yang dok demam2 kan. Huhu. Aku mintak2 la dijauh kan demam. Aku ni jenis kalau dah demam memang payah sikit. Menggigil die semacam. Susah nak buat keje. Sebab susah nak menulis kalau dah gigil2. huhu. Tapi aku p koje tak bawak payung pulak. Kalau hujan macam dah kebak sangat. hihi. Selalu aku dok cakap ngan kak Zue, takpe la sebab hujan kan air je,lagi pon kita pakai tudung. Ehh boleh eh gittewww? huhu. Sedap kan hati nama nye tu.



Hoissshhh! Back to the topic yaww. Haa entry ni aku nak cite pasal makan makan makan dan makan lagi. Bukan ape, harini kan dah 31 Disember 2012. Penutup untuk tahun ni. So aku nak cite lah pasal makan makan makan ni. Banyak bende nak cite actually. Mane yang sempat la okay?



Actually, entry pasal makan ni nak cite, makanan yang aku melantak dalan tahun 2012 ni ha. Ade jugak beberapa makanan yang aku tak dapat nak try tahun ni. Tapi boleh b/f untuk next year kot. InsyaAllah. huhu.



Mari, kita kenal kan dengan makanan yang dah hadam dalam perut aku ni ha. hohoho. Mereka ialahhhhhhhh:-




NASI IMPIT, BERSERTA RENDANG AYAM DAN KUAH KACANG. Haa, yang ini juadah mase RAYA HAJI. Mase ni abah takde. Ktorang pon tak balik kampung. Terkilan yang amat sangat. Ini Hari Raya Korban yang terakhir dapat bersama abah. Even tak sambut sama sebab abah kat Negeri Sembilan, abah selalu call. Ye! abah ssaya tersangat lah caring maring. Satu kehilangan yang sangat2 terasa. (harap airmata tidak gugur) :")













Yang ni APAM POLKA DOT. Hantaran.. eh hantaran pulokk. huhu. Ni hadiah dari my beloved bro to her cutie GF, Yana. Sweet kan adik aku ni? Kemain lagi die. huhu. Nampak gaya nye, macam die je yang akan naik pelamin dulu. huhu. ;D









Yang ini pulak, masakan air tangan aku sendiri. Ye, aku yang masak? Ingat sepemalas aku ni tak pandai masak ke ha? Tengok tangan la wehhh. haha. Aku boleh masak. Cuma malas nak tunjuk skill. hihi. Rasa die ok la. Not bad hokay! Wuuuu~ Tapi tang pucuk ubi tu aku macam lemah sket, haha. Sebab nye aku tak tau nak petik yang mana. So kesimpulan nye, aku petik je semua. Tak mati pon bile makan. hohoho. Gila kannn? Masakan ni nama die IKAN KERISI MASAK LEMAK CILI API BERSAMA PUCUK UBI. ;D








Woottt! Wootttt! Woottt! Haaa ini favourite aku foreverrr! Memang aku selalu mengidam yang ini. Tak tahu lah kenapa. BEria nak boikot McD. Tapi bila smapai je part Prosperity, aku jadi tak menahann. Nafsu yang tak dapat dikawal. Haihhhh~ Ini adalah CHICKEN PROSPERITY BURGER! yummmmyyyyy!







Hohoho. Ini pon yang aku idam2 kan. Subway! Dah lame aku nak try, tapi tempat die semua tak mcm jauh2 pulak kan? So memang harapan la. Tapi tahun 2012 ni memang tahun bertuah agak nye, SUBWAY bukak branch kat City Square bhaiii. Wuuuuu. Sooooo sedappp! Thanks to kak Zulaizah (Zue) sebab nye belanja kau Subway ni ha. This is my 1st trial wehh. Jakun kan?? hihi. So am i. Next SUBWAY, bestie belanja. Eyka Aziela! Can't wait. ;D












 This is COOKIES from SUBWAY too! Cookies die sedap gilosss. Macam nak pengsan makan, sedap sangat wehh. CHOCOLATE CHIP die lagi lah ohsemmmm bebehh! Bagi mak makan, mak cakap manis sangat. Memang manis. Tak boleh makan selalu lah. Potong kaki nanti, payah pulakk. Hahaha.












Ni hasil2 belian ROTI-ROTI kat Y2K. Mentang2 lahh si adik yang kecik keje kedai roti. Haa kau, sekali akak die ni borong roti mcm tak makan bertahun. Padahal roti2 tu semua dihabis kan dalam masa tak sampai setengah jam pon. Bayanggggkannnn tuan2 dan puan2. hihi.













Haa, ini NASI CAMPUR sajooo bersama AIR LONGAN. Air tu memang favvy aku kalau dok melepak kat foodcourt City Square. Aku makan ni time balik keje. OBERTIME kata nyaaaa! (ala2 AA) haha. Makan bersama si Ghayathry. My one Indian Opismate.












Yang ni aku makan time dating. Makan dengan lelaki yang paling aku cinta seumur hidup sampai mati. Huhu. Dia lah cinta pertama dan terakhir. Yang dok melayan kerenah aku yang mengada, kasar, manja, garang dan tegas ni. Hanya die lelaki itu. Siapa die? For sure lah ABAH. Takkan ade lelaki yang mampu jaga aku mcm dia jaga hokay. Kalau ade pon, yang itu la layak jadi bakal suami aku nanti agaknye. huhu. Haa time ni aku dinner dengan abah je,berdua. Abah pick up aku balik keje, than terus p makan. Before tu die cakap,




"Akak jum pegi makan. Akak belanja abah eh. Abah dari siang tadi tak makan"



Haa, anak mane yang sanggup dengar abah die cakap gitu? So that, aku cakap ok la. Tak kisah la. Sebab dari kecik die da banyak menabur duit dekat anak bini die. Takkan la belanja abah sendiri makan pon tak boleh kan?? humm. So that place aku yang suruh abah decide. Die nak makan NASI AYAM BASER, tapi dah malam, tak bukak. So pilih RESTORAN HAJI DAUD je. Aku order semua peberet abah kalau makan nasi campur. TELUR DADAR, AYAM GORENG KUNYIT, SAYUR KANGKONG GORENG BELACAN,TOMYAM, and NASI PUTIH. Kalau makan mane2 pon yang ni semua memang menu wajib abah. Dah paham sangat. Me LOVE you abah! (mohon airmata tak gugur) :")


Yang ini RED VELVET CAKE from EYNALICIOUS. Soooo sedapp wehh. Masa ni aku craving gila2 kat si RV ni kau tahuuuu. Tekak terasa nak makan nak makan nak makan je. Sabo je lahh. Lastly aku dapat jugak order. Order dengan kak Eyna. Akak pasa Ezzy. Kek ni setengah kilo, RM40. Mase ni la RM 40, akan datang aku tak sure sebab harga barang kan berubah2. huhu. So sesiapa nak try, boleh la try search EYNALICIOUS kat facebook ye yawlsss. ;)









Yang ini DURIAN CREPE! sangat2 sedapp! Order dengan senior mase kolej dulu2. Die ade area JB, siap deliver sampai opis lagi. huhu. Sedap sangat la. Die punye CHOCOLATE OREO CREPE pon sedap. Tahun 2012 baru dapat makan durian crepe ni. Padahal nak buat die mcm senang. Antara orang rajin dengan malas je kan. Aku start craving DURIAN CREPE ni since cousin aku, AIN (PA'A) dok hapdet gambo ni. So that aku pon nak try merasa gak. Ternyata ianya berbaloi baloiii. huhu.











Ini lah die NASI AYAM BASER!! Yang abah aku nak makan tu. Tapi takde waktu malam. Hmmm. Yang ni dok makan dengan emak. Time ni die rehat. Rutin harian aku kalau hujung minggu, selalu nak temankan mak aku rehat. Sebab taknak die tak makan. Walopon die ngan kawan2 die, aku nak teman jugak. huhu. Tapi mase ni aku ngan mak berdua je. Tengok mak makan,selera je kan kan? Senang hati aku. Me LOVE u as much as me LOVE abah! :p











JCO. CHOCOLATE ICE BLENDED! sedappp sangat2. Ni masa aku balik keje saing ngan Ezzy. Die kua keje lambat sket, so that aku menunggu die kat sini la. Kebetulan Akish keje sini (ex Kumarasamy &Co.), so aku tak lah bosan. Dia teman aku, dok berbual2, huhu.











Ini kek bufday aku!! tersangat sangat sangat lah sedappp! Adik yang kecik sponsor kek tiap kali bufday. almaklumlah, koje kedai kek lalh kata kan. Tapi kek ni mase die keje kat kedai kek SDS. Nama kek ni, BLUEBERRY CHEESECAKE. Kalau nak tau kek die, nipis jeee! yang tebal tu die punye cheese. Sape yang tak suke cheese tu memang rugi lah, hihi. Sedang kan aku, bila makan je terasa macam kat heavennnn! Soooo yummmy to the maximum! Thanks to adik (Siti Aisyah).











MEGI TOMYAM tanpa kuah! ini memang style masakan megi aku. Aku tak suke ade kuah. huhu. Sampai kering jadinye. Dah macam megi goreng pulak kan. huhu. This time is the day before Raya Haji.













This is PIZZA time! Meraikan hari terakhir Ezza Samanhudi menjadi pekerja Ganesh Kumar & Co. 28 Disember 2012












Melayan BUBUR NASI bersama IKAN BILIS GORENG. Sedap dimakan kalau time2 demam. huhu :p









Ini TAKOYAKI ! My favvy too! Mase tengah gian makanan ni, kalau boleh, hari2 nak makan takoyaki. hihi. Sedap sangat2. Tapi ade certain people yang memang jakun agak nye,tak penah merasa, siap boleh cakap, mcm muntah kucing??? What the hell lah people!! Sedap woiii. kau je yang jakunn. mihmihmih~












Ini pulak OBLONG. Aku selalu dok panggil OBLONGATA! haha. Tingat mase blaja sains dolu2. huhu. Actually die same je macam bege biasa,cuma nya daging dia panjang. Haa macam Prosperity la jugak. Tapi rasa tak sama okay. Masing2 ade rasa masing2. huhu. Mase mule2 dulu, adik laki aku la, dok soh beli oblong ni. Mase tu aku tak rasa lagi, siap tanye sedap ke tak. Sebab nya nama die pelik woii. Takut makk nak makan kauuu. My first attempt mase dok umah sewa lah, kat Sri Stulang nunnn. Makan dengan bestie, si Eykakumonnn. hihi. (mohon die bace entry ni). Tak silap die belanja kottt. Lepas merasa, jangan cakapp, esok2 nye aku nak beli lagi woii. wuuuu. Penangan makanan atas diri ku tersangat lah bahaya. haishhh~














Ini CHOCOLATE CHEESE OREO CAKE IN JAR! by EYNALICIOUS again. Haaa, yang ini terpaling sedap. Kalau diberi pilihan antara RV dengan ini, aku sanggup berlaku curang dengan RV. Sebab yang ini terpaling sedap. Aku siap amik order kat opis tahuu! Dorang sume pon cakap sedap. Alhamdulillahh~











Ni pulak SANDWICH yang menjadi kegilaan aku. Tiap kali adik nak balik koje jek, aku dah order. Mintak die belikan this sandwich. Sedap sangat2. Pastri die tu rangup,lepas tu dengan mayonis lagi, siap ade ham segala. Meltinggg doh kalau makan. Cumanya, kalau makan, aku dok buang telur die. Sebab telur kuning die tak dapat dipisah kan dengan telur putih. huhuhu. (terliur dah ni). Sandwich ni hanya ada di kedai kek dan roti SDS okay!













Disaat aku craving RED VELVET mcm nak mati. Sedaya upaya aku cari mane boleh dapat. Lastly, Kak Nurul, Opismate offer. Die boleh buat kan. Dah sememang nye die baker part time. RV cupcake die sedapp. Sumpah sedap! Kek die tu gebuu, bukan mcm certain kek yang basah/ lembab. Tu yang sedap! Thanks to kak Nurul. :p










Ni selalu nya jadi menu lunch aku. Makan kat warung batu. Dekat2 ngan opis je ponn. huhu. Aku suke makan kat 1 kedai ni. Masakan die not bad. Sedap! Menepati citarasa lah orang cakap. Ni NASI AYAM GORENG (bahagian dada). Betul2 die bagi bahagian dada. huhu. Aku kalau makan ayam, tak sah kalau bukan dada. Kalau bagi part tulang, memang tak pandai nak makan. huhu. Kesian kan??










Ini pulak, MARBLE CAKE! Adik kecik beli kat kedai Y2K die lahh. Sedap jugak kek ni. Walopon nampak macam biasa2 aje kann. Tapi seriousss memang delicious marvellous dohhh. Thanks to adik kecik sebab bagi akak die membesar kan badan dengan kek2 yang ada. haissshh~











This is MAGNUM ICE CREAMM! Soooo dellyyy dellyyyyciouss! huhu. Terasa kepekatan choc die. Dengan almond yang bersepah tu lagi. Hoiiii, yang ini pon terasa heaven sangattttt. hihi. Ade terselit pulak ROTI CANAI. huhu. Roti canai tu beli kat kedai Pak Arab, kat area bus stand kota jaya ni je. Dari aku sekolah memang dok beli bekpes kat situ lahh. Semua nye sedapp dapp dapp!











Hoissss! penat bhaii tangan aku ni menaip. Ade la nak dekat 3 jam untuk 1 entry ni ha. Bajet2 nak post banyak2 untuk 31 Disember 2012 ni. Tapi hanya 1 entry je yang mampu. Ok lah kan. Entry paling panjang pada tahun 2012!!




Dengan rasminya, aku nak mengucap kan SELAMAT TAHUN BARU 2013! U MAY WELCOME 2013. And GOODBYE TO U 2012. Banyak kenangan yang manis, pahit, sedih dan gembira. Dun worry, i'll remind u forever 2012. This is because to remember the date that my dad was pass away on 3rd November 2012. Me will miss you abah! Not  just only me, but Mom especially, and adik2 also. You are the best abah foreverrr!




Ok penat menaip! Cont next entry for 2013!





Have nice memory yawllsss! Wassalammm....


Saturday, December 29, 2012

Maharaja Lawak Mega

Assalammualaikum uollsss semua. Diharapkan sehat2 sentiasa yeee.



Ni aku nak dok cita sikit pasai fenomena Maharaja Lawak Mega 2012. Kali ni dah sampai minggu ke -7 naaa. Sedaq  tak sedaq la kann. Apa yang best sangat Maharaja Lawak Mega nih? Meh habaq mai kat cekk. Hohoho. Dah nama nya pon lawak, kompom2 lah depa dok melawak selama 2 jam ye dakk? Tapi bukan la 1 group tu 2 jam. Lebih kurang 3 ke 4 minit untuk 1 group naa.





Group die meh cek listing kan:-





1. Jozan
2. Jambu
3. Shiro
4. Saywho
5. Boboi
6. Sabon
7. R2
8. Bandung Joker (BJ)
9. Pimai
10. Balas



*Bahasa kembali normal. Bahasa Pasor (pasar actually)*






Group yang bagi aku setiap kali dorang melawak dan aku akan terasa lawak gile khinzir adalahhh, JOZAN for sure forever. SAYWHO, memamg mantop jugak la dorang nye performance. Tiap kali melawak je, mesti lain dari lain. Sumpah bestttt bhaii. Huhu. Then yang ke-3, SHIRO. Haa, yang ni pon same. Kalau melawak, sampai menangis la gamak nye. Lagi2 suara salah sorang tu ala2 Jep Sepah tu. Macho gittewww~



Kalau JOZANNN, memang tak payah nak cakap lah. Setiap kali dorang perform je menangis sambil gelak wehh. Mak aku pon berkenan ngan JOZAN gak. Huhu. Paling mak aku suke mase minggu ke-6, time yang si Zizan ngan Johan buat parody PROPAGANZA tu jadi PROPAGANJIL. Mak aku tengok ulang banyak kali pon sanggup. Hanya kerana JOZAN the besttt malam tu wehh. Haha.




Meh aku share kan foto2 dari FB Maharaja Lawak Mega (MLM) :-





*Ini group yang tinggal selepas minggu ke-7*









*SAYWHO! Comel je kannnn?? huhu *









*Ok ini paling suka gila2. Zizan sebagai Fida. Dorang nak clash. geli ok. Geli. hahaha. Fida sangattttt la jadinye. *







Ni saje je nak share. Kot2 sape yang stress2 tu, meh le layan Maharaja Lawak Mega 2012 ni. Mesti tergelak je keje nanti. InsyaAllah, hilang la stress keje tu nanti. huhu, :)




Ayat penutup, Peace Yawww! Have a nice day to all. Wassalamm. :D




Friday, December 28, 2012

Excuse

Assalammualaikum w.b.t uolssss!!




Entry ni aku nak share pasal aku lagi lah. Hihi. Actually excuse sebab ade alasan yang kukuh takpe. Jangan dok bagi excuse tapi atas sebab2 yang tak penting semua tu kan. 




Gini, actually, aku nak p bank. CIMB bank. Nak print bank statement. Ade lah hal sket kan. Dari malam sebelum tido aku dok pikir. Nak p CIMB mane ni? Kota Tinggi branch ke Johor Bahru branch? Pening jugak nak pikir. Sebab nye aku nak p bank kan waktu hari bekerja. 




So aku kene lah buat assumption dulu kan kan? Bank bukak dalam kol 9 pagi. Kalau aku p CIMB Kota ni, mcm lambat sangat aku masuk opis kan? Yelah urusan tu dalam setengah jam la lebih kurang. Paling2 settle urusan ni pon 9.30 pagi. Then aku kene naik bas p koje lagi. P opis je da sejam setengah. Haaa so sure2 lah aku sampai dalam kol 11 kan? Nanti da kire mcm half day pulokk. itu cite bank kat Kota. So, assumption no.2, bank JB.




Kalau kat JB aku just p koje mcm biasa. naik bas 7.30 camtu. And selalu akan sampai dalam pukul 9.00 mcm tu lah. So alang2 baik terus benti depan CIMB ye dakk?? hihi. So benti kat CIMB kol 9 lebih, urusan dalam setengah jam, sebelum kol 10 aku dah boleh masuk opis. Haa, nampak kan beza masa tu? So aku decide la nak p CIMB kat JB je. 




So pagi p koje mcm biasa la. And aku sampai CIMB tu pukul 9 ngam2. Ade surprise u knoww. Bank tak bukak lagi walopon da pukul 9. gewammm mak tahu. Da lah orang bekerja, nak urusan settle cepat, boleh pulak bank tak bukak lagi. Haisshhhh. Memang mengeluh je lah kat dalam bank tu. Huhu.




Dalam pada masa menunggu tu, aku sempat menolong 2 orang tahu. Sorang auntie India. Sorang lagi pakcik, melayu. Tahu tolong ape? Tolong cash deposit kan duit dorang lahhh. Hihi. Aku rasa bangga dapat tolong orang tua taw. Biasa lah, dah memang dari kecik, mak aku ajar, kalau ade orang mintak tolong, kita mampu,kita tolong. So aku pon membantu dengan niat kerana Allah. :)




Last2 bank tu open dalam 9.30 pagi. Cepat2 aku masuk nak amik no giliran. hihi. Nasib baik lah aku dapat no.1 tahu. Legaaa sket. hee :)




Afta settle semua kat bank, aku jalan kaki la ke opis. Alaaa bukan jauh pon. Disamping itu kita exercise secara tak langsung kan kan? Last2 aku masuk opis ngam2 pukul 10. Sir pon baru masuk, so aku tak kisah sangat. hihi.




Ok lah. saje nak share2 cite ni. Kalau aku nak hapdet blog aku hari2 boleh ke tidokkkk? Eh sure lah boleh ye dakkk. Sebabnye ni kan blog aku kan kan kan? Bukan aku nak hapdet kat blogg orang pulakk. hihi. 





Ok lah, genight uolss! Suwittt derimsss forever yawwww~






Assalammualaikummmm w.b.t,
A lot of Love -NinaZahrin-

Thursday, December 27, 2012

Segan

Assalammualaikum uollsss.


Entry nih aku nak share pasal kejadian harini. Bukan la kejadian yang memalukan ke ape. Baca title pon sure dah tau kan? Segan je sebenarnye. :)



Haa gini, harini hari Rabu,26 December 2012. Macam biasalah aku nak p koje naik bas. Nak dijadikan cerita, aku memang langsung takde duit pecah nak buat tambang. Tapi aku tak kisah sangat la. Sebab nye selalu aku naik bas, ade je driver tu duit balik kan. 



Sekali harini, aku nak bayar, die cakap takde pecah. Tapi tiket die da bagi. So aku mcm segan la. Driver cakap nanti. So aku pon ok la. Maybe die nak collect duit org naik nnt, bagi aku kan? Sebab selalunya gitu. Pastu sampai la kat JB central (CIQ), aku nak bayar lagi. Jujur la kate kan. Die siap gelak cakap nnt lah. Adoi, segan bukan main lagi aku masa tu bhaiii. So aku biar je lah. Dok pikir jugak, aku dah nak sampai post opis ni. Cmane aku nak bayo? Haihh.







Setibanye die post opis, nak turun bas :-



Me : *Berjalan terkedek2 nak ke pintu bas ala2 pompuan yang penyegan gitu*
         
" Macam mane ni abang? *sambil buat muka comel gila*"







Driver : *Tergelak lagi,sampai menampak kan barisan gigi die yang ade rongak tengah2* haha

"Ehhh, takpe lah. Nanti2 je lah awak bayar."





Me : *muka comel mintak penampo lagi*

"Bila lagi? alaa segan lah" *senyum kambing busuk*







Driver : "Nanti2 je, esok ke, bila2 lah"





Dalam hati aku pon berkata, kang aku lupa nak bayar cmane? Kalau aku tak naik bas yang die bawak cmane? Haihh. Last2 aku senyum paling manis lalu turun tangga dengan ayu nye. HAHAHA.



Kesimpulan die kat sini sebelum naik bas tu, cari lah duit2 kecik dulu ye. Jangan lah buat segan diri sendiri. Banyak pulak insiden aku dengan bas kan? Biasalah penumpang bas MAJU yang tegar. Hewhewhew~






Ni lah bas peberet! :-











Ini pulak akibat segan yang melampau. Rasa nak tutup muka je jumpe abang tu. Haha :-










Hokay sekian sampai disini saja lah penceritaan pejalanan hidop saya pada masa ini. *Esewahhh , mcm tulis biografi lah pulokkk! HAHA *

Semoga kita bertemu lagi pada entry2 yang akan datang. Wassalam. Have a suwittt derimmsss ever. Peluk bantal kuat2. hewhewhew~ 

Adiosss~ 

A lot of love from me and family,
NinaZahrin. 


Wednesday, December 26, 2012

Korean Drama : I MISS YOU or MISSING YOU






Assalammualaaikum. Hey hey uollsss. Entry kali ni bukan lah aku nak cite ape pon. Just nak sharing2. Aku ni baru jek lepas melayan drama korea. Nak kata baru tu, boleh la jugak. Sbb dok tengok online pon, episod die tak habis lagi. Haaa, nak tau ke drama ape?? Ehhh ofkosss lah semua nak tahu kan?? *bajet mcm ade follower* haha. 



I MISS YOU or MISSING YOU. Haaa tu lah tajuk drama tuh. Best sangat2. Mane lah pernah aku tengok cite korea or hindustan yang tak best kan. Huhu. Cite ni dari episod 1 sampai lah ke habis, sure akan menangis. Macam biasalah,aku kalau dok ngadap tengok cite kat lappy ni ha dengan earphone lagi, memang banjir bhaii. Kotak tisu kat sebelah je. Menangis macam teresak2 dah. Tapi tahap kesedihan tu terpulang pada individu punye feeling lah. Kalau macam aku memang jenis manusia yang sensitif,memang feeling ala2 tengah shooting la kan. Kengkunun aku lah pelakon tu. Kene amik mood segala. 



Meh sini aku bagi official trailer die sket :-









yang ni OST die. TEARS ARE FALLING :-











ni yang ke-3 dengan lagu die skali, CRY,CRY,CRY :-










ok uolsss, ni peberet aku ye. Sila tengok pelakon muda tu. 
Baru 19 tahun uollss, Yoo Seung Ho. 
Sekarang aku jadi peminat die hokay. 
Sebab die talented,comel pulak tu,kening tebal,bibir munggil. hihi. 




Sila tengok :-










Ok lah uollss. Iollss dah puas hati bile dapat hapdet yang ini. Hewhewhew~ Nak jugak sharing kan. huhu. So makanya, berakhir di sinilah penulisan kali ini. Semoga sesiapa yang baca ni boleh sama2 tengok drama korea yang ni. Sumpah bestttttt! Double thumbs up gittewwww. 



Selamat malam! Suwitttt derimsss uolsss. *muda mudahan mimpi Yoo Seung Ho* *wink wink wink*










Missing you!!! *ober taww aku ni. haha*






Thursday, November 29, 2012

Memalukan dan sabar.

Hai uollsss! Assalammualaikum w.b.t....

Harini aku nak share something la dengan korang2 semua ni. Haaa tapi cite ni memang memalukan sket lah yeeee. Itu pon diri akakkk sendiri. *akakkk..ala2 kak engku style ckp tu ok!* hihi.

Pada 28 November 2012, bersamaan dengan hari rabu. Mcm biasa la uolls. Hari bekerja kann. Hari tu kawan aku ni,ezzy tak p keje. Mc kata die. Die inform aku sbb nye aku p koje saing die la. So,that day die mc, aku kene la p koje naik bas seperti sedia kala...ye dakk?? Haha.

Tak kisah lettew disebab kan aku dah biasa. Haritu aku pakai baju kurung wane ijo (hijau). Selalu kalau naik moto ngan syuk (adik),aku pakai tudung sarung sajooo. Biasalah naik moto kot uolls. Senang kan,tak huru hara tudung tu nnt. Haha.

Maka nya nak dijadikan cerita lah kan,aritu aku p pakai pulak tudung bawal wane ijo peberet aku tuh. Dalam hati,alaa da turun moto nnt kalau tudung huru hara,betul kan je laa. Ape ade hal ye dakk? Sekali sampai bus stand,betul punye betul, tak betul2 jugak. Herot sane sini. Kembang semacam pulak tudung ni jadi nye. Itu saje dah buat spoil mood aku. Stressss! Untuk pengetahuan umum, aku kelua rumah dlm 7.15 gitu la sebab nak naik bas awal,bas 7.30 konon nye lahhh. Tunggu punye tunggu,tak muncul2 bas ni. Alahaiii,dengan tudung ni punye hal lagi. Aku da start rase serabai da mase tu.

Tgh dok menunggu,dan2 la pulak sandle kesayangan aku yg wane oren tuuu,boleh putus tetibe. Alamakk! Mase tu aku da pk nak suruh mak aku anto kasut je p bus stand. Tapi malas la pulak nak susah kan die. Kang mak nak selongkar kasut dalam kotak lagi,nak panaskan enjin keta lagi,lame jadinye. So aku consider,buat bodoh je la kalau orang pandang. Lagi pon aku yakin,ramai yang penah putus sandle or sliper tibe2 kan? Belum heel yang patah lagi? Huhu.

Aku madang dok betul kan tudung je lah sambil tengok kaki. Boleh jalan ke tak. Siap try2 jalan lagi kauu.. Haha.

Tetibe dari jauh aku da nampak da bas,so aku macam da get ready la nak naik kan. Tapi mulut aku ni membebel jugak sebab bas ni lambat sangat. Mase tu nak pukul 8.00 pagi da wehh.

Ok then,aku tahan bas,bas benti la. Aku jalan angkat kaki kanan tinggi sket,sbb sandle putus kan. Yg kat depan putus,nasib baik kat pergelangan kaki ok. So mcm tak tertanggal la,cume nye mcm kau tengah dok tengok mulut buaya ternganga bile tengok sandle aku mase jalan. Hahahadoiii.

Nak dijadikan cerita,tengah aku dok konfiden nak melangkah ke tangga bas tu,tak semena mena laa kaki aku tersadung wehh. Ya Allah,mase tu sumpah aku malu gila! Driver bas tu pon macam terkejut,then die gelak. Mak aihhh segan gila. Mase tersadung tu aku siap melatah lagi. Saboo je lah perangaii. Dalam ati,nasib baik aku tak cium tangga bas ni tadi.

Da bayo and amik tiket bas,aku teros duduk la apelagi kan. Mase tu aku da rase panas muke aku ni ha. Mcm nak balik,taknak p koje. Pastu pikir2 balik,aku da bayo tiket bas. So that takpe lahh,terus kan je la. Dalam hati lagi siap cakap,saba je la,mesti ade hikmah ni. So aku saba je lahh.

Sampai je pos opis,aku terus amik teksi nak p opis aku tu. Tak kuasa da aku nak jalan dengan sandle ni. Dalam hati lagi,elak aku ni buat muka slaber jalan pakai kaki ayam je kan mase tu. Tapi still rasa malu lagi,aku naik la teksi. Huhu.

Sampai opis mcm biasa,lambat. Tapi tak ksh sebab dorang paham kot yang aku ni dok jauh n naik bas. Huhu.

Tu je la yang aku nak sharing2 ngan uollls ni ha. Pape pon yang jadi,kau kene sabo je. No matter what,sabar itu dapat membantu. So semua,banyak2 kan lah bersabar. Motivasikan diri sendiri k. Bahawasanya,Allah itu takkan menguji hamba nya melebihi kemampuan hamba nya itu.

So?? Sabar lahh. Hihi. Have a nice day. Gudnight semua. Wassalam. ;D

Wednesday, November 28, 2012

Buku buku teman ku.

Assalammualaikum w.b.t...
Entry kali ni aku nak sembang sikit pasal buku buku. Siapa yang suka membaca???? Macam tak bape ramai. Yee,setakat ni aku buat observed,tak ramai yang minat membaca. Tapi tak tau lah ape yang dorang dok minat. Ehh actually sama la dengan aku. Hihi. Aku pon bukan lah dikategorikan sebagai orang yang minat membaca. No i'm not!
Bagi aku membaca tu boring sangat2. Tak tahu la kenapa. Maybe sebab dah tak minat kan.
Lagi2 masa sekolah dulu. Aku terpaling la tak suke subjek sejarah! Nak kene baca la. Kene ingat la. Hafal la. Mcm2.
Tapi aku minat teramat melampau kalau baca novel. Kalau baca tu kadang2 sampai susah nak tido. Hihi. Nampak tak penangan membaca? Huhu.
Bukan la aku dok membaca novel je. Ade jugak baca magazine,buku motivasi dll.
Since aku pi kerja dengan Ezzy ni,balik pon saing die lah. Kekadang tu die balik lambat dalam pukul 7mlm. Padahal aku kelua opis 5.30ptg.
So nak dijadikan cerita,aku selalu la dok melepak kat kedai buku. MPH bookstore. Kat situ la aku terasa macam berangan2. Kalau lah MPH ni bilik bacaan aku,oh alangkah seronok nya hidup. Hihi. Selalu la dok bahagian novel tu. Dok baca sinopsis la. Kalo ade yg boleh bace tu aku baca je.
Niat nak membeli,tapi duit banyak ke lain pulak. Huhu. Ade yang beli pon tak bukak lagi sampul plastik die. Sebab sayanggg! Taknak ronyok. Nak bagi org pinjam pon mcm risau. Ye lahh,orang ni kadang2 bukan tau bende kesayangan kite. Kang die buat macam harta sendiri. Paling tak pon,pulang da macam usang gila buku tu. Tu yang malas nak bagi pinjam. Bukan kedekut pun. Barang sentimental. Biasa la tu kan...
Disebab kan aku ni memang kaki novel,pantang baca part sedih meleleh je la. Sama la dengan tengok movie or drama. Dah macam pelakon watak utama da. Perasaan je lebih. Haha.
So,aku pon pernah jugak terfikir,why not kalau aku buat2 baca buku lain2,yg mcm motivasi segala tu mcm aku baca novel. Means kene la aku hayati setiap ayat,bayang kan dan berperasaan. Mungkin boleh jadi hobi baru nanti. Membaca segala jenis buku. Ensiklopedia mungkin. Keagamaan. Motivasi diri. Biografi. Dan banyak segala macam jenis buku la.
Ilmu itu luas dan ada macam2 cara menuntut dan menimba ilmu. Tak semestinya kite blaja sampai diploma,kite tak boleh tahu lebih kan? Dunia zaman sekarang ni,semua di hujung jari. Tak pandai masak pon boleh google resepi n cara memasak. So? Ape ada hal.
Yang penting segala ape yang kita buat tu niat nak kene la betul dan ikhlas. Ilmu tu kita yang cari. Bukan datang sendiri. Kalau nak maju,kite kene usaha. Kalau nak ilmu,kite kene cari. Macam nak makan jugak,kite kene cari makanan dan suap sendiri. Takkan nak orang je suapkan. Fedap jugak orang tu nanti. Haha.
Since dari situ,aku dah tanamkan minat nak baca semua jenis buku. Bukan novel je semata mata. Cuba la walaupon tak suke. Insyaallah nnt akan tersuke. Pucuk pangkalnye kene mula dulu la. Huhu.
Ok la. Macam dah start merepek. Tulis pon da macam merapu ke mana ntah. Kejap2 macam lari topik. Jadi nya,selamat membaca wahai manusia semua. Carilah ilmu sampai ke mana mana. Haha.
Have a nice day. Wassalammm. ;D
P/s: Bawah ni ada aku serta kan beberapa gambar  untuk santapan mata umum. Tempat lepak. Novel kegemaran. Dan jugak buku dari Hilal Ashraf yang bakal aku beli afta gaji nanti. :)