Monday, December 31, 2012

Me. Food Lover.



Assalammualaikum yawlssss!


Semoga semua nya  sihat2 hendak nye lah kan. Kalau tak sihat tu, ape lagi, p cari ubat, makan ubat la kan? Almaklum lah, sekarang ni musim hujan. Haaa, mesti la ramai yang dok demam2 kan. Huhu. Aku mintak2 la dijauh kan demam. Aku ni jenis kalau dah demam memang payah sikit. Menggigil die semacam. Susah nak buat keje. Sebab susah nak menulis kalau dah gigil2. huhu. Tapi aku p koje tak bawak payung pulak. Kalau hujan macam dah kebak sangat. hihi. Selalu aku dok cakap ngan kak Zue, takpe la sebab hujan kan air je,lagi pon kita pakai tudung. Ehh boleh eh gittewww? huhu. Sedap kan hati nama nye tu.



Hoissshhh! Back to the topic yaww. Haa entry ni aku nak cite pasal makan makan makan dan makan lagi. Bukan ape, harini kan dah 31 Disember 2012. Penutup untuk tahun ni. So aku nak cite lah pasal makan makan makan ni. Banyak bende nak cite actually. Mane yang sempat la okay?



Actually, entry pasal makan ni nak cite, makanan yang aku melantak dalan tahun 2012 ni ha. Ade jugak beberapa makanan yang aku tak dapat nak try tahun ni. Tapi boleh b/f untuk next year kot. InsyaAllah. huhu.



Mari, kita kenal kan dengan makanan yang dah hadam dalam perut aku ni ha. hohoho. Mereka ialahhhhhhhh:-




NASI IMPIT, BERSERTA RENDANG AYAM DAN KUAH KACANG. Haa, yang ini juadah mase RAYA HAJI. Mase ni abah takde. Ktorang pon tak balik kampung. Terkilan yang amat sangat. Ini Hari Raya Korban yang terakhir dapat bersama abah. Even tak sambut sama sebab abah kat Negeri Sembilan, abah selalu call. Ye! abah ssaya tersangat lah caring maring. Satu kehilangan yang sangat2 terasa. (harap airmata tidak gugur) :")













Yang ni APAM POLKA DOT. Hantaran.. eh hantaran pulokk. huhu. Ni hadiah dari my beloved bro to her cutie GF, Yana. Sweet kan adik aku ni? Kemain lagi die. huhu. Nampak gaya nye, macam die je yang akan naik pelamin dulu. huhu. ;D









Yang ini pulak, masakan air tangan aku sendiri. Ye, aku yang masak? Ingat sepemalas aku ni tak pandai masak ke ha? Tengok tangan la wehhh. haha. Aku boleh masak. Cuma malas nak tunjuk skill. hihi. Rasa die ok la. Not bad hokay! Wuuuu~ Tapi tang pucuk ubi tu aku macam lemah sket, haha. Sebab nye aku tak tau nak petik yang mana. So kesimpulan nye, aku petik je semua. Tak mati pon bile makan. hohoho. Gila kannn? Masakan ni nama die IKAN KERISI MASAK LEMAK CILI API BERSAMA PUCUK UBI. ;D








Woottt! Wootttt! Woottt! Haaa ini favourite aku foreverrr! Memang aku selalu mengidam yang ini. Tak tahu lah kenapa. BEria nak boikot McD. Tapi bila smapai je part Prosperity, aku jadi tak menahann. Nafsu yang tak dapat dikawal. Haihhhh~ Ini adalah CHICKEN PROSPERITY BURGER! yummmmyyyyy!







Hohoho. Ini pon yang aku idam2 kan. Subway! Dah lame aku nak try, tapi tempat die semua tak mcm jauh2 pulak kan? So memang harapan la. Tapi tahun 2012 ni memang tahun bertuah agak nye, SUBWAY bukak branch kat City Square bhaiii. Wuuuuu. Sooooo sedappp! Thanks to kak Zulaizah (Zue) sebab nye belanja kau Subway ni ha. This is my 1st trial wehh. Jakun kan?? hihi. So am i. Next SUBWAY, bestie belanja. Eyka Aziela! Can't wait. ;D












 This is COOKIES from SUBWAY too! Cookies die sedap gilosss. Macam nak pengsan makan, sedap sangat wehh. CHOCOLATE CHIP die lagi lah ohsemmmm bebehh! Bagi mak makan, mak cakap manis sangat. Memang manis. Tak boleh makan selalu lah. Potong kaki nanti, payah pulakk. Hahaha.












Ni hasil2 belian ROTI-ROTI kat Y2K. Mentang2 lahh si adik yang kecik keje kedai roti. Haa kau, sekali akak die ni borong roti mcm tak makan bertahun. Padahal roti2 tu semua dihabis kan dalam masa tak sampai setengah jam pon. Bayanggggkannnn tuan2 dan puan2. hihi.













Haa, ini NASI CAMPUR sajooo bersama AIR LONGAN. Air tu memang favvy aku kalau dok melepak kat foodcourt City Square. Aku makan ni time balik keje. OBERTIME kata nyaaaa! (ala2 AA) haha. Makan bersama si Ghayathry. My one Indian Opismate.












Yang ni aku makan time dating. Makan dengan lelaki yang paling aku cinta seumur hidup sampai mati. Huhu. Dia lah cinta pertama dan terakhir. Yang dok melayan kerenah aku yang mengada, kasar, manja, garang dan tegas ni. Hanya die lelaki itu. Siapa die? For sure lah ABAH. Takkan ade lelaki yang mampu jaga aku mcm dia jaga hokay. Kalau ade pon, yang itu la layak jadi bakal suami aku nanti agaknye. huhu. Haa time ni aku dinner dengan abah je,berdua. Abah pick up aku balik keje, than terus p makan. Before tu die cakap,




"Akak jum pegi makan. Akak belanja abah eh. Abah dari siang tadi tak makan"



Haa, anak mane yang sanggup dengar abah die cakap gitu? So that, aku cakap ok la. Tak kisah la. Sebab dari kecik die da banyak menabur duit dekat anak bini die. Takkan la belanja abah sendiri makan pon tak boleh kan?? humm. So that place aku yang suruh abah decide. Die nak makan NASI AYAM BASER, tapi dah malam, tak bukak. So pilih RESTORAN HAJI DAUD je. Aku order semua peberet abah kalau makan nasi campur. TELUR DADAR, AYAM GORENG KUNYIT, SAYUR KANGKONG GORENG BELACAN,TOMYAM, and NASI PUTIH. Kalau makan mane2 pon yang ni semua memang menu wajib abah. Dah paham sangat. Me LOVE you abah! (mohon airmata tak gugur) :")


Yang ini RED VELVET CAKE from EYNALICIOUS. Soooo sedapp wehh. Masa ni aku craving gila2 kat si RV ni kau tahuuuu. Tekak terasa nak makan nak makan nak makan je. Sabo je lahh. Lastly aku dapat jugak order. Order dengan kak Eyna. Akak pasa Ezzy. Kek ni setengah kilo, RM40. Mase ni la RM 40, akan datang aku tak sure sebab harga barang kan berubah2. huhu. So sesiapa nak try, boleh la try search EYNALICIOUS kat facebook ye yawlsss. ;)









Yang ini DURIAN CREPE! sangat2 sedapp! Order dengan senior mase kolej dulu2. Die ade area JB, siap deliver sampai opis lagi. huhu. Sedap sangat la. Die punye CHOCOLATE OREO CREPE pon sedap. Tahun 2012 baru dapat makan durian crepe ni. Padahal nak buat die mcm senang. Antara orang rajin dengan malas je kan. Aku start craving DURIAN CREPE ni since cousin aku, AIN (PA'A) dok hapdet gambo ni. So that aku pon nak try merasa gak. Ternyata ianya berbaloi baloiii. huhu.











Ini lah die NASI AYAM BASER!! Yang abah aku nak makan tu. Tapi takde waktu malam. Hmmm. Yang ni dok makan dengan emak. Time ni die rehat. Rutin harian aku kalau hujung minggu, selalu nak temankan mak aku rehat. Sebab taknak die tak makan. Walopon die ngan kawan2 die, aku nak teman jugak. huhu. Tapi mase ni aku ngan mak berdua je. Tengok mak makan,selera je kan kan? Senang hati aku. Me LOVE u as much as me LOVE abah! :p











JCO. CHOCOLATE ICE BLENDED! sedappp sangat2. Ni masa aku balik keje saing ngan Ezzy. Die kua keje lambat sket, so that aku menunggu die kat sini la. Kebetulan Akish keje sini (ex Kumarasamy &Co.), so aku tak lah bosan. Dia teman aku, dok berbual2, huhu.











Ini kek bufday aku!! tersangat sangat sangat lah sedappp! Adik yang kecik sponsor kek tiap kali bufday. almaklumlah, koje kedai kek lalh kata kan. Tapi kek ni mase die keje kat kedai kek SDS. Nama kek ni, BLUEBERRY CHEESECAKE. Kalau nak tau kek die, nipis jeee! yang tebal tu die punye cheese. Sape yang tak suke cheese tu memang rugi lah, hihi. Sedang kan aku, bila makan je terasa macam kat heavennnn! Soooo yummmy to the maximum! Thanks to adik (Siti Aisyah).











MEGI TOMYAM tanpa kuah! ini memang style masakan megi aku. Aku tak suke ade kuah. huhu. Sampai kering jadinye. Dah macam megi goreng pulak kan. huhu. This time is the day before Raya Haji.













This is PIZZA time! Meraikan hari terakhir Ezza Samanhudi menjadi pekerja Ganesh Kumar & Co. 28 Disember 2012












Melayan BUBUR NASI bersama IKAN BILIS GORENG. Sedap dimakan kalau time2 demam. huhu :p









Ini TAKOYAKI ! My favvy too! Mase tengah gian makanan ni, kalau boleh, hari2 nak makan takoyaki. hihi. Sedap sangat2. Tapi ade certain people yang memang jakun agak nye,tak penah merasa, siap boleh cakap, mcm muntah kucing??? What the hell lah people!! Sedap woiii. kau je yang jakunn. mihmihmih~












Ini pulak OBLONG. Aku selalu dok panggil OBLONGATA! haha. Tingat mase blaja sains dolu2. huhu. Actually die same je macam bege biasa,cuma nya daging dia panjang. Haa macam Prosperity la jugak. Tapi rasa tak sama okay. Masing2 ade rasa masing2. huhu. Mase mule2 dulu, adik laki aku la, dok soh beli oblong ni. Mase tu aku tak rasa lagi, siap tanye sedap ke tak. Sebab nya nama die pelik woii. Takut makk nak makan kauuu. My first attempt mase dok umah sewa lah, kat Sri Stulang nunnn. Makan dengan bestie, si Eykakumonnn. hihi. (mohon die bace entry ni). Tak silap die belanja kottt. Lepas merasa, jangan cakapp, esok2 nye aku nak beli lagi woii. wuuuu. Penangan makanan atas diri ku tersangat lah bahaya. haishhh~














Ini CHOCOLATE CHEESE OREO CAKE IN JAR! by EYNALICIOUS again. Haaa, yang ini terpaling sedap. Kalau diberi pilihan antara RV dengan ini, aku sanggup berlaku curang dengan RV. Sebab yang ini terpaling sedap. Aku siap amik order kat opis tahuu! Dorang sume pon cakap sedap. Alhamdulillahh~











Ni pulak SANDWICH yang menjadi kegilaan aku. Tiap kali adik nak balik koje jek, aku dah order. Mintak die belikan this sandwich. Sedap sangat2. Pastri die tu rangup,lepas tu dengan mayonis lagi, siap ade ham segala. Meltinggg doh kalau makan. Cumanya, kalau makan, aku dok buang telur die. Sebab telur kuning die tak dapat dipisah kan dengan telur putih. huhuhu. (terliur dah ni). Sandwich ni hanya ada di kedai kek dan roti SDS okay!













Disaat aku craving RED VELVET mcm nak mati. Sedaya upaya aku cari mane boleh dapat. Lastly, Kak Nurul, Opismate offer. Die boleh buat kan. Dah sememang nye die baker part time. RV cupcake die sedapp. Sumpah sedap! Kek die tu gebuu, bukan mcm certain kek yang basah/ lembab. Tu yang sedap! Thanks to kak Nurul. :p










Ni selalu nya jadi menu lunch aku. Makan kat warung batu. Dekat2 ngan opis je ponn. huhu. Aku suke makan kat 1 kedai ni. Masakan die not bad. Sedap! Menepati citarasa lah orang cakap. Ni NASI AYAM GORENG (bahagian dada). Betul2 die bagi bahagian dada. huhu. Aku kalau makan ayam, tak sah kalau bukan dada. Kalau bagi part tulang, memang tak pandai nak makan. huhu. Kesian kan??










Ini pulak, MARBLE CAKE! Adik kecik beli kat kedai Y2K die lahh. Sedap jugak kek ni. Walopon nampak macam biasa2 aje kann. Tapi seriousss memang delicious marvellous dohhh. Thanks to adik kecik sebab bagi akak die membesar kan badan dengan kek2 yang ada. haissshh~











This is MAGNUM ICE CREAMM! Soooo dellyyy dellyyyyciouss! huhu. Terasa kepekatan choc die. Dengan almond yang bersepah tu lagi. Hoiiii, yang ini pon terasa heaven sangattttt. hihi. Ade terselit pulak ROTI CANAI. huhu. Roti canai tu beli kat kedai Pak Arab, kat area bus stand kota jaya ni je. Dari aku sekolah memang dok beli bekpes kat situ lahh. Semua nye sedapp dapp dapp!











Hoissss! penat bhaii tangan aku ni menaip. Ade la nak dekat 3 jam untuk 1 entry ni ha. Bajet2 nak post banyak2 untuk 31 Disember 2012 ni. Tapi hanya 1 entry je yang mampu. Ok lah kan. Entry paling panjang pada tahun 2012!!




Dengan rasminya, aku nak mengucap kan SELAMAT TAHUN BARU 2013! U MAY WELCOME 2013. And GOODBYE TO U 2012. Banyak kenangan yang manis, pahit, sedih dan gembira. Dun worry, i'll remind u forever 2012. This is because to remember the date that my dad was pass away on 3rd November 2012. Me will miss you abah! Not  just only me, but Mom especially, and adik2 also. You are the best abah foreverrr!




Ok penat menaip! Cont next entry for 2013!





Have nice memory yawllsss! Wassalammm....


No comments:

Post a Comment