Wednesday, January 09, 2013

Meatball Spaghetti




Assalammualaikum semuaaaa!!





Harini aku nak share sket menu peberet! Meatball Spaghetti. Actually aku bukan makan sangat pon meatball ni. Yelahh yang dalam bakso tu kan kan kan? Aku tak tahu kenapa, memang tekak aku tak boleh nak terima. Tapi bile dok tengok Meatball kat IKEA yang skarang nih tengah dok pemes kat Kolumpo tuh, aku macam teringin jugakk. Teringin sangat nak rasa!! Tengok sangat2 lah menyelerakann.




Pastu haritu kat Instagram kak ema, die ade masak2 dengan abang yus. Kak ema buat meatball ape tah, itu pon buat aku terliurrr sangat. Haaa nama resipi kak ema tu, meatball carbonara!! Phewww~ kalau tengok terus rasa lapa wehhh.




So nak dijadikan cerita, aku tingin makan meatball hari ahad haritu bersamaan dengan 6 Januari 2013. Pastu dok pikir lah, nak masak ape eh? Kang kalau masak macam kak ema tu, takot tak jadi, membazir pulakk. Pikir punye pikir, last2 decide nak buat spaghetti lah. Maka nya, tercipta dan terhidang lah MEATBALL SPAGHETTI tu. Lagi pon adik laki aku tu asik la sebut2 nak makan spaghetti. Pastu aku macam dah muak pulak asik makan nasi je. Tekak macam tak boleh terima dahh. huhu. Itu lah punca nya.





Alhamdulillah, meatball spaghetti aku menjadiii. Tapi meatball tu aku goreng, sebab aku tak suke bende yang rebus2 ni. Memang tak berminat. Ini lah hasil air tangan aku yang tak seberapa ni haaa .



MEATBALL SPAGHETTI....








Haritu kak Zue, budak opis aku dok mintak resipi kat aku. Aku jawab je la aku masak main campak2 jekkk. hihi. Ni bahan2 yang aku guna la yee :-



Spaghetti San Remo

Prego yang hijau, mushroom punye. Bukan traditional.

Tomato puri

Sausage

Meatball

Sayor campor

Cili boh

Bawang besar

Bawang Putih

Minyak masak

Gula dan garam









Haaaa, itu je lah bahan2 yanag aku guna kan dalam masakann. Bukan susah ponn. Cara2 masak pulak?? Haaa ni aku bagi cara aku masak ye. Tak ikot pon takpe. :-



1. Panas kan minyak masak. Bawang besar tu potong dadu halus2. Bawang putih tu hiris nipis2. Pas minyak tu dah panas, tumis kan bawang2 tadi. Bawang putih lambat sket takpe, sebab die cepat masak. Agak2 dah naik bau, masuk kan cili boh tadi. Tumis kan die sampai masak. Kalau tak masak nanti boleh sakit perut pulak. Pastu baru masuk bawang putih. hoho.




2. Lepas dah naik bau sebati tu, masuk kan pulak lah sayur campur tadi. Seelok nye, rebus dulu pon boleh, biar cepat sket masak. Lepas tu masuk kan sausage. Masuk kan tomato puri. Gaul sampai rata. Agak2 la macam dah masak tu, Masuk kan prego pulak. Gaul sampai naik bau dan warna nampak cantik.




3. Kalau dah nampak macam masak tu, masuk kan garam sket dan gula. Masuk kan secukup rasa ok. Dah kacau2 tu, pastu rasa lah! huhu. Sukatan semua ni sila jangan tanye ye, sebab aku masak ikot deria rasa. Make sure rasa spaghetti tu ade. Masam sket, manis sket, pedas sket. Ok siap untuk dihidang kan. Yehaaaaaaaa!







SELAMAT MENCUBA dari saya CHEF NINAZAHRIN. hahahaha....








Meh, ni aku nak korang semua terliur satttt. Jemput tengok gambo saje ye. Menu kak ema yang aku cakap tadi tu. Ni aku amik dari instagram sajooo. Meatball carbonara, gambo yang bawah, belah kiri. Nampak tak???? Menyelerakan betul kannn???? Next time i should do this meal. :D



MEATBALL CARBONARA...











Nak tau macam mana nak buat meatball carbonara tak?? Simple je cara die. Kalau korang rajin boleh je survey kat internet. Google je sudahh. huhu. Aku slalu usha resipi kat sini jekk http://www.myresipi.com
Ni bahan2 die hokay (aku copy paste je ni)  :-




  • meat ball (kt pasaraya byk)

  • sos prego yang carbonara mushroom punye..(tin warna biru laut tau)

  • mozarella cheese (untuk jadi mcm bertali2 tu...i like!)

  • chesdale cheese (kraf single jer)

  • bawang besar (warna kuning punye)

  • cili hijau (lau nk sedap lagi guna capcicum hijau)

  • daun sup cikit (ikot suke)








Cara-cara memasakkk :-




  1. goreng meat ball.kemudian masukan bawang besar dan cili hijau.goreng sampai bawang jadi layu cikit.angkat dan letak dalam bekas yang sesuai untuk bakar dlm oven
  2. kemudian tuangkan sos prego carbonara ke dalam bekas tadi..kemudian taburkan keju mozarella di atas serta potong chesdale dan susun silang di atasnye..dan bakar dalam suhu 180 celcius..bila da masak angkat dan taburkan daun sup.sedia di hidang...








Senang kan?? Selamat mencuba yawlsss! 



Ni ha menu yang terpaling aku craving tapi tak dapat2 lagi. :-




IKEA MEATBALL!!!!! (gulpppp!! telan air liurrrrr...)




















Rasa nya meatball ni nampak tersangat seksi mungkin sebab sos die kot. Sos die macam pekatt berkerimmmmmmmmmmmmmm! Nampak sangat sedap. Respon kawan2 yang dah makan sane pon kata sedappp than dorang selalu je nak makan ulang2. So apekah? Konklusi? Bila aku dapat naik kolumpo semata mata nak makan bende alah niii?? huarggggggggghh! Sabar je lah wahai tekak dan perut. One day InshaAllah!! :")





Sekian sahaja untuk entry kali ini. Selamat mecuba memasak ye wahai kaum HAWA kat luar sana. Memasak ni bukan nye susah sangat pon. Yang penting kene ade masa. Jenis macam aku ni, suke makan, suke nak masak2, tapi selalu malas cari alasan and plus takde masa. huhu. Cari lah hari2 terluang untuk memasak. It would be the best hobby ever.. 







- Happy reading this and thank you so much for read this entry. Wassalammmm and good night. Sweet dreammm. Muahhxxx! xoxo NinaZahrin -


1 comment:

  1. i can see my name here..auuuww tq dik..much love!

    kak ema.

    ReplyDelete